testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Saturday, 12 March 2016

Abah kembali.




Perjalanan hidup berjalan lancar hinggakan aku lupa caranya untuk MEMINTA.
Lalu, Allah timpakan satu kehilangan mungkin sebagai pengajaran hidup.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ya Allah, sesungguhnya kejadian yang berlaku pada hari itu telah meruntun hati yang keras ini. Ampunkan aku yang pernah lupa letakkan pergantungan kepadaMu. Ampunkan aku yang sukar memohon pertolonganMu. Aku hamba yang kerdil sentiasa beranggapan Kau akan kabulkan permintaan hati ini lantaran Kau selalu menghadiahkan sesuatu yang aku inginkan dalam hidup. Sedangkan Kau merindui rintihan dan perasaan bersyukur aku terhadapMu. Betapa kau amat sayangkan aku.


Ya Allah,
Tetapkan hati aku pada landasan yang sebenar-benarnya. Aku telah hilang sumber yang sentiasa menegur aku daripada membuat perkara yang melalaikan. Yang sentiasa menasihati dalam setiap perkara.Yang melindungi dan menjadi tulang belakang aku selama ini. Pegang erat hatiku, bantu aku tingkatkan keimanan kepadaMu. Jangan biar aku tenggelam. Hadirkan tangan insan yang dapat membantu aku daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara yang mendatangkan keaiban.
Sungguh, aku benar-benar mengadu akan nasibku ini kepadaMu.



No comments:

Post a Comment