testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Tuesday, 15 March 2016

Naskah Cinta
























Kenapa nak mendambakan cinta seorang 
manusia kalau cinta kepadaNya belum kita raih ?

Kenapa dikejar cinta si lelaki ajnabi kalau 
masih tak mencintai nabi ?

Kenapa mengagungkan cinta Romeo dan 
Juliet, Shah Jehan dan Mumtaz,sedangkan 
cinta Nabi Muhammad SAW dan Saidatina
Siti Khadijah lebih agung ?

Kenapa menangis mengenangkan cinta yang
putus di tengah jalan kalau cinta tu belum 
halal dan tidak melalui dugaan sehebat yang
dilalui oleh Adam dan Hawa?

Kenapa perlu leka dan kerap bercerita
tentang kisah cinta kepada telinga mereka
yang terpaksa mendengarnya sehinggakan
lupa tanggungjawab yang sebenar ?

Ibu lahirkan anak perempuan bukan 
semata-mata mahu anak perempuannya 
menangis mengenangkan cinta seorang 
lelaki ajnabi.

────୨ৎ────

Pesanan buat diri sendiri, supaya sedar diri
huwaaaa dah tersesat dunia cinta monyet. 
Tak ada jalan kembali dah ni, degil!

Monday, 14 March 2016

Asasi undang-undang





Tak lama lagi nak habis asasi. Bulan 9
InshAllah sambung degree. Itu pun kalau
mampu. 

Sem pertama,
UiTM Merbok. Rindu roommate, Nurul Ain 
Fatiha. Rindu Nana. Jatuh bangun bersama.

Sem kedua, 
UiTM Dengkil. Agak okey sikit. 
Tapi best lagi Merbok!

Asasi Undang undang.


Sunday, 13 March 2016

Yang aku takutkan telahpun jadi.




Semester pertama,
Menangis dalam tidur bukan sekali dua
disebabkan mimpi yang sama. 
Tengah tidur lena, tetiba nampak diri 
sendiri hanyut dalam sungai. 
Abah hulurkan tangan. Sempat genggam 
tapi kembali terlucut dari pegangang Abah.
Entah datang dari mana tangan orang lain 
hinggalah aku kembali mendarat. Terjaga
dari tidur, terus teringatkan Abah. Tak pasti 
siapa penyelamat tu sebab hanya nampak tangan, 
bukan muka. Itu dulu, mimpi 
sewaktu Abah masih hidup. 


Semester kedua,
(Chinese New Year 2016)
Abah janji nak jumpa aku dekat rumah 
nenek kat Johor.

6 Februari 2016. 
Ikut perancangan asal, aku akan bertolak
dari Dengkil ke Johor. Abah dengan mak 
bertolak dari Kelantan ke Johor. Abah 
kata nak jumpa nanti 6 FEBRUARI
Aku dah beli tiket.

3 Feb - 
Malam tu, susah sangat nak tidur.

4 Feb -
Bangun Subuh. Ikhwan call. Ikhwan
kata abah pengsan sebab jatuh
time nak pergi solat Subuh. Aku bagi arahan,

" OK. Panggil abah Ikhwan lepas tu 
bawak pergi klinik, hospital.. "

" Ikhwe call ambulans doh
 tapi tak sampai-sampai lagi "

" Tak payah tunggu ambulans, bawak pergi "

" Nanti ada gapo ikhwe call along semula "

**************************************
Mama call kata abah dah tak ada.
Aku terkejut. Tak sedih, tak kecewa. 
Hanya jawab okey. Aku tengok cermin 
bilik air. Terpampang wajah aku. 
Masih tak percaya.

Aku tunggu kat pondok polis bantuan.
Masa tu barulah air mata bergenang sedih.
Polis bantuan bagi cupcakes dan suruh
duduk dalam pondok polis bantuan 
sehingga ayah cik sampai. 
Terima kasih Encik Polis Bantuan 
UiTM Dengkil. 

Aku tak sempat tatap wajah abah.
Aku baru sampai kat mana entah, 
abah dah dikebumikan. Aku tak 
menangis dah. Aku bergelak ketawa 
dengan anak ayah cik yang 
kecil dalam kereta. 
Dalam hati, menangis.


DUA HARI LAGI!
Abah janji nak jumpa 6 Feb 
tapi abah pergi pada 4 Feb. 


Abah yang selalu bangga dengan
pencapaian Along.

**************************************
Aku pernah putus cinta pertama tapi 
aku tak pernah bayangkan sakitnya 
hilang Abah. Perit.

Abah,
Along okey. Along rindu abah sampai 
selalu terbawa ke dalam mimpi. 

Abah, doa Along buat abah.
Semoga Allah tempatkan abah dalam 
kalangan orang-orang yang beriman.

Saturday, 12 March 2016

Abah kembali.




Perjalanan hidup berjalan lancar hinggakan
aku lupa caranya untuk MEMINTA. Lalu,
Allah timpakan satu kehilangan mungkin
sebagai pengajaran hidup.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ya Allah, sesungguhnya kejadian yang
berlaku pada hari itu telah meruntun hati
yang keras ini. Ampunkan aku yang pernah
lupa letakkan pergantungan kepadaMu.
Ampunkan aku yang sukar memohon
pertolonganMu. Aku hamba yang kerdil
sentiasa beranggapan Kau akan kabulkan
permintaan hati ini lantaran Kau selalu
menghadiahkan sesuatu yang aku inginkan
dalam hidup. Sedangkan Kau merindui
rintihan dan perasaan bersyukur aku
terhadapMu. Betapa kau amat sayangkan aku.


Ya Allah,
Tetapkan hati aku pada landasan yang
sebenar-benarnya. Aku telah hilang sumber
yang sentiasa menegur aku daripada
membuat perkara yang melalaikan. Yang
sentiasa menasihati dalam setiap
perkara.Yang melindungi dan menjadi
tulang belakang aku selama ini. Pegang erat
hatiku, bantu aku tingkatkan keimanan
kepadaMu. Jangan biar aku tenggelam.
Hadirkan tangan insan yang dapat 
membantu aku daripada terjerumus ke
dalam perkara-perkara yang mendatangkan
keaiban. Sungguh, aku benar-benar
mengadu akan nasibku ini kepadaMu.