testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Sunday, 13 March 2016

Yang aku takutkan telahpun jadi.




Semester pertama,
Menangis dalam tidur bukan sekali dua disebabkan mimpi yang sama. 
Tengah tidur lena, tetiba nampak diri sendiri hanyut dalam sungai. 
Abah hulurkan tangan. Sempat genggam tapi kembali terlucut dari 
pegangang Abah. Entah datang dari mana tangan orang lain 
hinggalah aku kembali mendarat. Terjaga dari tidur, terus teringatkan
Abah. Tak pasti siapa penyelamat tu sebab hanya nampak tangan, 
bukan muka. Itu dulu, mimpi sewaktu Abah masih hidup. 


Semester kedua,
Chinese New Year 2016.
Abah janji nak jumpa aku dekat rumah nenek kat Johor 
6 Februari 2016. Ikut perancangan asal, aku akan bertolak 
dari Dengkil ke Johor. Abah dengan mak bertolak dari Kelantan ke Johor. 

6 Februari !
Abah kata nak jumpa nanti 6 FEBRUARI. Aku dah beli tiket. 
Abah pon sama, beli tiket dah.

3 Feb - Malam tu, susah sangat nak tidur.

4 Feb - Bangun Subuh. Ikhwan call. Ikhwan kata abah pengsan 
sebab jatuh time nak pergi solat Subuh. Aku bagi arahan,

"  OK. Panggil abah Ikhwan lepas tu bawak pergi klinik, hospital. . "

" Ikhwe call ambulans doh tapi tak sampai-sampai lagi "

" Tak payah tunggu ambulans , bawak pergi "

" hmmm okey . Nanti ada gapo ikhwe call along semula "

**************************************
Mama call kata abah dah tak ada.
Aku terkejut. Tak sedih, tak kecewa. Hanya jawab okey. Aku tengok 
cermin bilik air. Terpampang wajah aku. Masih tak percaya.

Aku tunggu kat pondok polis bantuan. Masa tu barulah air mata 
bergenang sedih. Polis bantuan bagi cupcakes dan suruh duduk dalam 
pondok polis bantuan sehingga ayah cik sampai. 
Terima kasih Encik Polis Bantuan UiTM Dengkil. 

Aku tak sempat tatap wajah abah . Aku baru sampai kat mana entah, 
abah dah dikebumikan. Aku tak menangis dah. Aku bergelak ketawa 
dengan anak ayah cik yang kecil dalam kereta. Dalam hati , menangis.


DUA HARI LAGI!
Abah janji nak jumpa 6 Feb tapi abah pergi pada 4 Feb. 


Abah yang selalu bangga dengan pencapaian Along.

**************************************
Aku pernah putus cinta pertama tapi aku tak pernah bayangkan sakitnya 
hilang Abah. Perit.

Abah,
Along okey. Along rindu abah sampai selalu terbawa ke dalam mimpi. 
Abah, doa Along buat abah.. semoga Allah tempatkan abah dalam 
kalangan orang-orang yang beriman.

No comments:

Post a Comment