testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Friday, 8 April 2016

Tawaran IPG





Abah,
nama Along tersenarai antara calon-calon 
yang akan menduduki Ujian Kelayakan 
Calon Guru (UKCG) dengan Ujian Kecergasan 
Fizikal (UKF).

Abah,
Along tak kenal diri sendiri. Along tak tahu 
apa yang along nak dalam hidup. Along tak 
akan berjaya tanpa sokongan Abah. Abah 
yang bertegas nak tengok along berjaya. 
Mungkin along tak sampai ke tahap ni tanpa
dorongan abah.

Along ingat lagi. Abah koyak buku
Matematik Along sebab geram dengan Along
lambat nak faham konsep mengira. Along
lupa darjah berapa - darjah 3 kot. Tapi Abah
jugalah yang tolong along tulis balik soalan
dengan jawapan dalam buku latihan garis
dua tu. Abah yang suruh pergi tuisyen. Abah
yang bagi semangat waktu bengkel UPSR.
Abah yang tekankan hal pelajaran. Abah
yang marah-marah kalau tak capai target.
Bukan along tak nak capai target, Abah. Tapi
target yang jual mahal dengan along.
Akhirnya, along buat Abah senyum.

Form berapa entah , along jadi lemah dalam
matematik. Abah soal siasat macam-macam
hahaha. Tambah-tambah Addmath, Prinsip Akaun.

Hari keputusan SPM, along lulus dengan
cemerlang dalam semua subjek kecuali
Addmath. Along sedih sangat. Yang
cemerlang tu sia-sia bagi along. Along ingat
Abah akan marah. Tapi along silap.. Abah
peluk. 

Abah kata,
" tak apa. Anak Abah dah berjaya. 
Tu dah cukup buat Abah "

Along mohon IPG. Abah gembira sebab abah
nak tengok along masuk IPG. Abah dengan
Mak, adik Wawa dan Ikhwan ikut Along
pergi IPG Terengganu. Along punya UKF
lambat sangat sebab giliran along paling last.
Haha.

Abah hantar along pergi temuduga IPG
Pengkalan Chepa. Dalam tempoh ni, Abah
banyak kali cuti demi along. Abah hantar
along pergi interview Asasi TESL UiTM
Machang dengan Diploma Bahasa Inggeris di
UPSI Tanjung Malim.

Sementara tunggu giliran temuduga kat UPSI
ni along check portal rasmi IPG.
Alhamdulillah dapat sesi temuduga. Tapi
dalam masa sama, along dapat tawaran
Asasi Undang-undang dan Abah sangat
sedih. Datang mana entah tetiba jadi budak 
law.


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia 
amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu 
menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak 
mengetahui”


Abah temankan along pergi temuduga. 
Waktu ni along mohon Bahasa Inggeris 
dengan Sejarah tapi dapat Sejarah. Along 
dengan beberapa orang yang lain 
ditempatkan dalam sebuah kelas dan kena 
sumbang idea berdasarkan video yang 
pihak IPG pamerkan. 

Tapi end up dia, along tak berjaya 
menempatkan diri. Abah sedih sangat-
sangat. Abah minta along mohon sekali lagi 
pada masa akan datang. Abah tanya boleh 
ke along belajar undang-undang sebab Abah
tahu along suka jadi cikgu, suka mengajar orang.

Lepas Abah meninggal, along mohon IPG 
sambil isi borang penerapan asasi ke Degree.
Tapi interview IPG tu jatuh pada 14 April. 
Along ada paper asasi law lagi. Along masih 
dalam final exam week. Along tak tahu apa 
yang Allah cuba sampaikan.

Along buat keputusan sendiri. Ada rezeki , 
adalah. Allah Maha Merancang segalanya.

No comments:

Post a Comment