testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Friday, 17 July 2026

Beruntungnya jadi manusia seperti aku,
takdir sentiasa pertemukan aku dengan
mereka yang hadir tanpa aku merayu.

Beruntungnya jadi aku,
tak perlu kerah tenaga mencari siapa
yang sudi terima aku. Cukup aku diam, 
datang mereka menabur janji palsu.

Beruntungnya jadi aku,
sentiasa jadi pilihan utama.
Dipuja-puji bunga yang mewangi.
Dibaja penuh kata-kata sayang.

Entah doa siapa yang Tuhan makbulkan,
pilihan utama tak semestinya diutamakan.
Kata-kata sayang tak semestinya ikhlas.

Semudah itu, 
Tuhan perkenankan, jauhkan.

Selagi hayat masih tersisa,
aku tak minta yang paling sempurna.
Cukup yang terima tanpa ragu,
yang menetapkan aku,
tanpa rasa ingin berlalu.

Untuk kali ini,
jadikan aku tujuan,
bukan sekadar pilihan.