testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Tuesday, 12 May 2026

Sampai hari ini, 
rasa uniknya takdir Illahi.
Rasa indahnya pelajaran dari Tuhan.
Tanda masih ada kasih sayang.

Kalaulah tak ikut kata hati,
mungkin masih hidup dalam teka-teki.

Fadilah,
jujur. 
Jujurlah dengan diri sendiri.
Sebenarnya,
dah lama sedar tapi butakan diri, kan?

────୨ৎ────

Sebenarnya,
dari awal hubungan lagi,
rasa berat hati.

Ingatkan overthinking,
rupanya memang hint.

Cara layanan,
perhatian,
tak seperti diharapkan.

Hinggakan,
banyak kali mengeluh dalam hati.
" Ya Allah, kalaulah..." 

Kalaulah,
4 Januari hari itu, 
tak datang bagi hadiah harijadi,
mungkin kejadian itu tak terjadi.

Kalaulah,
6 Januari hari itu, 
umi Matminggg tak pulangkan hadiah itu, 
mungkin masih bazirkan waktu,
hidup dalam hubungan tanpa hala tuju.

Kalaulah,
tak ikut kata hati datang bagi hadiah,
mungkin sampai sekarang asyik mengalah.
Rupanya, semua yang jadi ada hikmah.

_______________________________________

Terima kasih,
untuk kejadian hari itu.
Dulu, 
rasa sakit sangat sangat sangattttt.

Tapi sekarang, 
syukur Alhamdulillah,
kejadian itu pernah berlaku, 
dan tamat.

Bagi diri ruang dan peluang perbaiki diri,
pada yang selayaknya dapat hati.

Untuk kali ini,
aku tak mengeluh, Ya Allah.
Lebih dari cukup.
Kelakarnya,
anak yang Abah jaga dulu,
tatang penuh kasih,
larang bercinta zaman sekolah,
dah berubah drastik.

Abah,
Along dah besar,
dah boleh bercinta, kan?

Abah,
sosok yang keras hati, 
ego tinggi melangit,
rupanya dah rapuh.
Dah lama rapuh.

Alang-alang ego hancur berkecai,
biar hancur terus.
Orang buat apa pun buatlah.
Dah berkecai segala rasa.

Dah berubah drastik.
No longer orang sama sebelum 2022. 
Dah berbalut luka.
Dah berkecai rasa percaya.

Tapi,
Along belum hilang pergantunganNya.
Sebab Along yakin bahagia depan hari,
Along masih utuh jaga mahkota diri.

Cukup.