testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Saturday, 30 May 2026

Jumpa kawan lama kat majlis semalam,
" cepatnya jumpa pengganti "

Kita dah lama berkawan, 
kau tahu kerasnya hati aku dari dulu, bertahun
bertahan, susah buka hati kepada sesiapa.

Aku masih sama,
susah buka hati pada sesiapa.
Ramai yang cuba,
tapi aku yang mati rasa.

Ramai.
Ramai.
Rasa sesak.
Istikharah,
tak ada jawapan.
Gagal tipu diri,
tak ada satu pun aku suka.
Sampaikan, 
suruh keluarga aturkan.
Biarlah siapapun,
alang-alang mati rasa.

Tapi,
kalaulah terburu-buru terima lamaran orang,
mungkin tak dapat yang sekarang.

Kalaulah terus terima hanya sebab orang suka,
mungkin masih menyesal tak boleh undur masa.

Kalaulah terima pujuk rayu mintak peluang, 
mungkin masih hidup tipu diri sendiri dan semua orang.

" cepatnya jumpa pengganti "

Yang sekarang bukan pengganti,
tapi pernah ada dihati.
Bezanya dulu mimpi,
sekarang realiti.

Tak perlu paksa diri terima,
dari dulu memang aku dah suka.
Tak perlu tipu segenap rasa,
tulis nama pun dah bahagia.

No comments:

Post a Comment