testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Thursday, 28 May 2026

Ain Balkish kata,
" mak cerita, dulu Along beli baju dua pasang, Along 
nak pakai nanti majlis bertandang rumah matming.
Sampai sekarang Along tak pakai baju tu "

Oh baju itu~
(dah lupa pasal baju sebenarnya)

Katanya, banyak pakai duit kalau buat majlis pihak lelaki.
Sebab itu, aku DIAM-DIAM beli baju biasa biasa corak
songket RM100 dua helai niat ikhlas tak nak bebankan isi
dompet dia. Kuning, warna fav sendiri. Hijau, konon 
nak matching celoreng dia. Masih tersimpan rapi dalam
plastik asal tak pernah basuh, tak pernah pakai.

Rupanya, 
aku perempuan yang mudah bertolak-ansur, lembut hati
sampaikan orang pijak harga diri.

" Mak cerita, Along jadi dengan yang Melaka, sweet
panggil along 'sayang' "

Aiyoooo kantoi panggilan kiteeee.


No comments:

Post a Comment