testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Tuesday, 7 April 2026

Nak kata macam idiom English, 
a bed of roses? Duri-duri roses tetap ada.
Same goes to kehidupan, tak selalunya
lawa kadang ada ujian.

Rasa macam dah tak boleh bangkit, 
tak mampu bernafas, tapi tetap percaya
 لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ

To be honest,
hidup selama ini sangatlah smooth.
Selagi wujud rasa bersyukur, ujian jadi 
kenangan. At least one day boleh flashback
" Oh, aku pernah hadap. Tapi aku survive " 

Bersyukur atau redha, whatever it is.
Tapi dah dididik oleh arwah Abah.

────୨ৎ────

Abah,
Along ingat lagi,
macam mana Abah santuni anak yatim
kematian bapa. Bukan sekali dua, Abah.
Bukan sekali dua, bukan seorang dua.

Abah santuni Abang long 3 beradik.
Orang lain tak suka keluarga Abang long.
Ramai yang kutuk belakang maybe sebab
status J si ibu dipandang rendah. Abang long 
3 beradik masih ada bapa saudara yang 
boleh jaga dan tengokkan. Abah cuma
pangkat sepupu kepada si ibu, tapi Abah 
yang selalu ajak Along dan Mak pergi ziarah 
dan tolong yang mana boleh tolong.

Dulu-dulu masa Along kecil,
tiap minggu Along ikut Abah hantar Abang 
long masuk asrama MRSM Tumboh. 
Sampaikan gelang emas Along tertanggal, 
hilang dalam MRSM masa angkut barang
Abang long masuk asrama lelaki. Abah tak 
marah tercicirkan gelang. Tapi sejak dari
kejadian hilang gelang, Along tak pernah
pakai gelang sampai sekarang. Takut, hilang 
lagi walaupun bukan budak 9 tahun macam dulu.

Abah,
Raya pertama 2023 dulu Najihah si bongsu 
dari 3 beradik ini bergaduh satu keluarga.
Najihah minta tolong Along hantar pergi 
stesen bas, nak balik Kajang. Katanya, baik
kerja daripada balik bergaduh besar dengan 
keluarga. Tiket habis, Najihah duduk
homestay buat sementara waktu.

Tapi Abah,
keluarga 3 beradik datang rumah, tuduh Along
larikan Najihah dan risau barang kemas 
Najihah kena kebas 🙂 . Ikut logik akal,
patutnya risau keselamatan Najihah. Tapi 
ini terbalik, fikirkan barang kemas Najihah
sebab tak pernah nampak Along pakai emas.
Lagipun, barang kemas tu semua hasil
titikpeluh Najihah kerja kilang kat Kajang,
kenapa kalut sangat? Patutlah bergaduh.
Sejak dari tu, Mak tawar hati. Sampai sekarang,
Mak tak bertegur-sapa dengan keluarga ni.

Abah santuni Muiz dan Akmar.
Anak kepada adik perempuan kandung 
Abah (mak uda). Tak payah cakaplah, Abah 
buat macam-macam untuk dua beradik ini. 
Jarak rumah 1 jam bukan penghalang ya naik 
motor bertiga ziarah mak uda ku yang terchenta. 
Tiap kali raya, Abah pergi angkut Mak uda dan 
dua beradik balik rumah sini.

Fast forward, Along rapat dengan dua beradik ini
sampai sekarang. Bulan 5, InshaAllah Muiz 
kahwin. Bulan 6, InshaAllah Akmar bersalin.
Dua beradik dah menapak jauh 🤣 walaupun 
lagi muda dari Along. Tak apa, zon masa tak sama. 
Allah dan rancang elok. 

Anak jiran macam anak sendiri 
Shahril tu masih ada mak bapak. Tapi tiapkali 
Along dengan Mak teman Abah pergi kursus 
luar Kelate, Abah tak lupa bawa Shahril sekali. 
Abah dah buat anak jiran macam anak lelaki sendiri. 
Semua negeri yang Abah kursus, kita pergi berempat.

Abah, 
Shahril dah besar, dah 26 tahun. Walaupun perangai
beliau tidak bertamadun asyik masuk-keluar masuk
lokap sebab seludup minyak ke negara jiran, tapi 
Shahril masih kenang jasa. Orang masuk rumah curi 
cincin kahwin Mak, terus Shahril bantai lunyai budak tu.

Abah selalu santuni orang tua.
Abah dah tak ada mak ayah, tapi Abah selalu bawa
Along ziarah rumah pakcik & makcik Abah.
Jauh atau dekat, tetap pergi. Pantang dengar khabar sakit.
Semua sayangkan Abah. Semua sayang Along.
Lepas Abah meninggal dunia 2016, semua sedih.
Semua orang tak sangka Abah yang lagi muda, lagi sihat
tapi pergi dulu. Along sibuk dengan dunia Along, 
kejar pendidikan hingga lupa nak ziarah semua orang.

Tahun 2019,
Along kerja kat Batu Pahat Johor selama setahun
buat peneman nenek. Along makin jauh ~
Tetiba, Tok Wa call sebab rindu Along, tanya bila 
nak balik Kelate. Tok Wa ada anak, ada cucu sendiri.
Tapi tak boleh lawan rasa rindu Along dengan Abah
dulu-dulu selalu datang jenguk.

26 Februari 2023
Dah kerja kat Kelate tapi belum ziarah Tokwa.
Tetiba Tokwa lari dari rumah anak then datang  jumpa 
Along peluk Along sambil menangis hiba. Lencun baju 
dengan air mata Tok Wa. Kurang dari setahun kemudian,
Tok Wa meninggal. 




────୨ৎ────

Sebenarnya,
banyak yang Abah ajar pasal hidup.
Takkan nak cerita semua?
bye.
 

No comments:

Post a Comment