testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Tuesday, 17 March 2026

Anehnya,
patah hati kali ini mengajar saya mengenal Tuhan.
Perbaiki solat fardu, buat solat taubat dan istikharah
sebelum tidur, dan bangun tidur untuk tahajud di
sepertiga malam.

Anehnya,
saya yang dulu leka bercinta,
kini rasa janggal tidur tanpa solat taubat dan istikharah.

Saya belajar faham bacaan dan maksud,
saya perbaiki yang mana patut,
pagi saya penuh suara sayyidul istighfar dari corong radio.

Saya mula amalkan doa-doa yang sebelum ini saya 
tak tahu. Surah Yusuf, Surah Taha, doa Nabi Sulaiman,
doa Nabi Daud, doa Nabi Musa dan InshAllah akan lebih
banyak belajar doa lain lagi.

Sejauh ini patah hati mengubah saya?
Jika untuk kebaikan saya, saya ikhlas lepaskan dia.

No comments:

Post a Comment