testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Friday, 27 March 2026

" aku ada kereta tapi kancil "
" aku ada kereta wira biasa "

Sungguh, aku tak kisah.
Hidup bukan berpaksi harta semata-mata.
Manual Saga lama milik office pun aku drive 
pergi pickup stok kat cawangan lain.

" takut mung tak selesa kereta buruk "

Aku lahir bukan dari sudu emas.
Aku dah biasa tidur dalam kereta buruk.
Aku dah biasa berpanas tak ada aircond.
Aku dah biasa.

Aku diam bukan tanda tak selesa,
tapi kenang balik segala memori dengan abah.
Aku bersyukur pernah hidup zaman arwah abah drive
Saga lama dan Wira sedan.
Aku hargai setiap detik dalam kereta dengan abah.

Tolong,
aku bukan pandang harta atau kereta.
Jangan buat aku seolah-olah materialistik.

No comments:

Post a Comment