testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Monday, 14 April 2025

Pantun UiTM.

Scroll laptop, terjumpa pantun sendiri time join Koleksi Beribu-Ribu Pantun UiTM Di Hatiku.

Hm actually, 
pantun tu kisah benar sendiri 👉👈
Tapi kelakar pulak baca balik 🤣 
______________________

27 May 2022.

Besar hajat tidak terkira,
Ingin mengejar sebuah cita-cita.
UiTM bukanlah pilihan utama,
Sudah tertulis rezeki sang hamba.

Mekar sungguh senyuman bonda,
Lembut tutur kata memujuk duka.
Ayah terkilan rasa gundah-gulana,
Fikirkan hamba berduka nestapa.

Cincin emas mahupun suasa,
Manis terletak indahnya tidak terperi.
UiTM betul bagai dikata,
Budi bahasa perhiasan diri.

Usah terlalu benci,
Letakkan sedikit rasa sayang.
Ilmu menjadi kunci,
Nadi kemajuan insan terbilang.

Wahai anak harapan bangsa,
Berbuat baik jadikan pedoman.
Biar jasad kelak sudah tiada,
Akhlak utuh diwarisi sepanjang zaman. 

Orang yang baik sentiasa diingati,
Bagai cahaya menyinari lilin.
Tenaga pengajar bersatu hati,
Melahirkan generasi jiwa berdisiplin.

Toleransi memadamkan api sengketa,
Tautan kasih menjadi jambatan.
Biar berbeza latar belakang kita,
Ikhlaskan hati membentuk persahabatan.

______________________




No comments:

Post a Comment