testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Monday, 14 April 2025

CINTA PERTAMA πŸ₯‡πŸ€ͺ

19/01/2013 :
Baru Tingkatan 4.
Kementerian Pelajaran agihkan wang 
bantuan khas awal persekolahan (RM100) 
untuk setiap pelajar. Ibubapa sahaja layak 
ambil. Pelajar tidak dibenarkan ambil 
sendiri.

Tapi gedik ikut Mak pergi ambil duit.
Dari luar kelas, dah terpekik excited kat Cikgu Razak, 
" Cikgu, harini birthday saya! "

Uh-

Rupanya guru kelas saya tak keseorangan
lah 😩 . Ada dua orang pengawas senior
Tingkatan 6 Atas.
OK settle situ. Blah.

Beberapa hari kemudian -
Ternampak Facebook pengawas senior.
Ku sangkakan senior Melayu, rupanya 
CINA MAAAAA. Tak apalah, add friend πŸ›’


24/05/2013 :
Kat sekolah, malu-malu bila selisih jalan. 
Kat Facebook, berani bergurau-senda. 
Bukan main ya, Fadilah. Masa engkau
Tingkatan 3, engkau reject Syarif.
Boleh pulak Tingkatan 4 ni kau terima Cina.
CINA? Kalau Melayu logik lah juga.
Let's bahasakan diri dia WSH.

Long short story-
Dia datang beraya rumah sekaligus minta
izin dengan Abah untuk berkawan. Lepas
dia balik, Abah pesan :

Jangan terlalu sayang, letakkan sedikit rasa
benci. Dan jangan terlalu benci, letakkan
sedikit rasa sayang. Biar seimbang. Supaya
tak kecewa.

Kita kannnnn dah kena warning :
⚠️ JANGAN CONTENG ARANG KAT MUKA ABAH. 
Sepanjang couple tu, tak pernah
dating atau call. Sekadar SMS. Sekadar
selisih jalan pergi koperasi atau kantin.
Budak baik, kan?


13/04/2015
Aku sambung Asasi Undang-undang kat
UiTM Merbok. Dia sambung Degree kat
UniKL. Zaman WhatsApp belum muncul.
Banyak salah faham sebab masing-masing
sibuk. Dia boleh biarkan aku terkontang
kanting tanpa khabar berita? Apa lagi?
Gaduhlah. Then, dia ajak putus. ONZ.
Menangis dalam tandas then student lain
ingatkan bunyi hantu 😩

13/09/2018
Degree Office Management kat UiTM
Machang. Semester berapa ek? 
Alamak, kena create Facebook page untuk
subjek ENTREPRENEUR. Baru tahu erti
hidup bergantung LIKE Facebook. Demi
markah ENT530, rela aku tebal muka chat
WSH supaya dia support page Facebook.

11/11/2018 :
Dia luah segala perasaan terpendam.
Katanya, masih sayang walaupun dah putus.
Macam mana? Berbunga-bunga tapi patut
terima ke tak? Memang tak pernah
bercintaaaa dengan orang lain pun lepas
putus dengan dia. Patut ke tak ?

13/11/2018 :
His birthday. Wah besar betul harapan dia
untuk dapatkan kita balik. Tak apa, kau
sabar jap. Tunggu weekend nanti balik
rumah nak bincang dengan Mak.

24/01/2019 :
Okeyyyyy weekend, balik rumah! 
Cerita pasal dia kat Mak. Mak OK jerrr
asalkan orang tu sayang anak Mak-
________________________________________

28/02/2019 :

πŸ₯°

Someone asked me,
what will i do if WSH isn't for me.

Not what will i do.
But the right answer is what can i do.

Sudah tertulis andai bukan jodohnya,
maka berlapanglah dada. 

Tuhan,
aku tahu yang terbaik itu datangnya
dariMu. Pegang erat hatiku. Jangan 
dibiarkan hati menyesali segala yang 
telah terjadi.

________________________________________


07/06/2019 : 
He met my family on Aidilfitri.

Macam-macam lah dia bagitau perancangan 
untuk masa depan nanti. Family pun tekun 
dengar, excited Cina ni suka kat kita.

08/09/2019 :
First time dating.
Besar harapan untuk bina rumahtangga 
sebab yakin dia akan convert Islam. Masa tu 
dia pun cerita balik apa yang Ustaz ajar kat
PERKIM. Tak apalah, slowly but surely.
Jangan push, biarkan dia belajar agama 
Islam dulu.

12/12/2021 :
Katanya, nak tunang lepas aku konvo.
Beria sensorang pulak aku. Dari tahun 2022 
sampai 2024 ajak kahwin. Nak kahwin, tapi 
jawapannya NANTI.

2022
Bila kita nak kahwin?
" Nanti "

2023
Kita kahwin, nak?
" Nak. Nanti bagitau balik "

2024
Jom kahwin!
" Jom "

13/2/2025 :
AKU NAK KEPASTIAN.
Bukan JANJI.
Tak apalah, setakat ini sahaja.
Putus.




No comments:

Post a Comment