- persiapkan diri untuk temuduga
- belajar memandu
- belajar memasak
- buat tuisyen untuk budak-budak
Sebenarnya, tak tahu nak buat apa sepanjang cuti. Tapi terdetik untuk jadi cikgu tuisyen. Cita-cita nak jadi cikgu. Masuk IPTA , dapat kos Undang-Undang. Sedih la jugak tak dapat capai cita-cita.
Mungkin ada hikmah disebalik semua ni?
InshaAllah.
Anisah pernah bagi satu video ni. I Fine, Thank You Love You. Kisah pasal tutor English. How cute they are. Comel budak-budak nyanyi lagu ABC selepas buat drama flight nak terhempas bagai. Lepas tengok cerita Thailand ni, terus terdetik nak jadi guru tuiyen. Alhamdulillah mak terima dan mak bagitahu ada sorang budak nak belajar dengan aku.
and here, it is mine ! Tak lengkap lagi. Banyak yang nak kena baiki. Soalan untuk student-to-be hampir siap.
No comments:
Post a Comment