testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Monday, 14 April 2025

NEW LOVE?

Tahun 2018 maybe,
zaman single. 

Pernah tanya diri sendiri
" Aku tak perfect tapi boleh ke aku jadi terbaik untuk orang yang aku sayang? "


------------------------

Mtmggg.
Aku tak pernah benci. 
Sekadar manusia annoying.
Sekadar manusia lalu-lalang.

Mungkin sekadar manusia yang Allah perkenalkan dalam fasa hidup. 
Bukan sesiapa.

Tapi dengan Mtmggg,
aku jadi diri sendiri. Tak perlu pura-pura suci 🀣 tak perlu pura-pura baik.
Aku adalah aku, bukan orang lain.
Memang lepas laku. Habis keluar segala perangai buruk. Lansung tak tapis. Hilang kesopanan dan kesusilaan.

Tapi itu dulu.
Sekarang, hm habislah. Dah tak jadi manusia biasa. Dah jadi lebih dari manusia lalu-lalang.

Rupanya,
Tak perlu push diri jadi terbaik untuk orang yang kita sayang.
Tak perlu. Cukup jadi diri sendiri.

Tapi

Jauh sangat berkelana.
Sampaikan, rasa takut. Takut hilang.

Jauh sangat gapai mimpi.
Rasa takut bangun tidur.



After-effect PUTUS

Rupanya,
tak sakit pun melepaskan.

Yang sakit, 
rasa TAKUT untuk melepaskan.

Katanya, 
Aku curang, tinggalkan dia.

Kata aku,
Bukan aku tak usaha.
Bukan aku tak perjuangkan.

Cukuplah.
Aku penat hubungan tak pasti untuk tahun seterusnya.
Sampai bila?

Dahlah. Penat.
I dumped him.

CINTA PERTAMA πŸ₯‡πŸ€ͺ

19/01/2013 :
Baru Tingkatan 4.
Kementerian Pelajaran agihkan wang bantuan khas awal persekolahan (RM100) untuk setiap pelajar. Ibubapa sahaja layak ambil. Pelajar tidak dibenarkan ambil sendiri.

Tapi gedik ikut Mak pergi ambil duit.
Dari luar kelas, dah terpekik excited kat Cikgu Razak, 
" Cikgu, harini birthday saya! "

Uh-

Rupanya guru kelas saya tak keseorangan lah 😩 . Ada dua orang pengawas senior Tingkatan 6 Atas.
OK settle situ. Blah.

Beberapa hari kemudian -
Ternampak Facebook pengawas senior.
Ku sangkakan senior Melayu, rupanya CINA MAAAAA. Tak apalah, add friend πŸ›’


24/05/2013 :
Kat sekolah, malu-malu bila selisih jalan. Kat Facebook, berani bergurau-senda. 
Bukan main ya, Fadilah. Masa engkau Tingkatan 3, engkau reject Syarif.
Boleh pulak Tingkatan 4 ni kau terima Cina.
CINA? Kalau Melayu logik lah juga.
Let's bahasakan diri dia WSH.

Long short story-
Dia datang beraya rumah sekaligus minta izin dengan Abah untuk berkawan. Lepas dia balik, Abah pesan :

Jangan terlalu sayang, letakkan sedikit rasa benci. Dan jangan terlalu benci, letakkan sedikit rasa sayang. Biar seimbang. Supaya tak kecewa.

Kita kannnnn dah kena warning :
⚠️ JANGAN CONTENG ARANG KAT MUKA ABAH.
Sepanjang couple tu, tak pernah dating atau call. Sekadar SMS. Sekadar selisih jalan pergi koperasi atau kantin.
Budak baik, kan?


13/04/2015
Aku sambung Asasi Undang-undang kat UiTM Merbok. Dia sambung Degree kat UniKL. Zaman WhatsApp belum muncul. Banyak salah faham sebab masing-masing sibuk. Dia boleh biarkan aku terkontang-kanting tanpa khabar berita? Apa lagi? Gaduhlah. Then, dia ajak putus. ONZ.
Menangis dalam tandas then student lain ingatkan bunyi hantu 😩

13/09/2018
Degree Office Management kat UiTM Machang. Semester berapa ek? 
Alamak, kena create Facebook page untuk subjek ENTREPRENEUR. Baru tahu erti hidup bergantung LIKE Facebook. Demi markah ENT530, rela aku tebal muka chat WSH supaya dia support page Facebook.

11/11/2018 :
Dia luah segala perasaan terpendam. Katanya, masih sayang walaupun dah putus.
Macam mana? Berbunga-bunga tapi patut terima ke tak? Memang tak pernah bercintaaaa dengan orang lain pun lepas  putus dengan dia. Patut ke tak ?

13/11/2018 :
His birthday. Wah besar betul harapan dia untuk dapatkan kita balik. Tak apa, kau sabar jap. Tunggu weekend nanti balik rumah nak bincang dengan Mak.

24/01/2019 :
Okeyyyyy weekend, balik rumah! 
Cerita pasal dia kat Mak. Mak OK jerrr asalkan orang tu sayang anak Mak-
________________________________________

28/02/2019 :

πŸ₯°

Someone asked me,
what will i do if WSH isn't for me.

Not what will i do.
But the right answer is what can i do.

Sudah tertulis andai bukan jodohnya, maka berlapanglah dada. 

Tuhan,
aku tahu yang terbaik itu datangnya dariMu.
Pegang erat hatiku.
Jangan dibiarkan hati menyesali segala yang telah terjadi.

________________________________________


07/06/2019 : 
He met my family on Aidilfitri. Wah besar betul harapan aku sebab WSH bagitahu my family,
" Lepas kahwin nanti, Dila boleh kerja "
" Dila itu , Dila ini.. "

Macam-macam lah dia bagitau perancangan untuk masa depan nanti. Family pun tekun dengar, excited Cina ni suka kat kita.

08/09/2019 :
First time dating.
Besar harapan untuk bina rumahtangga sebab yakin dia akan convert Islam. Masa tu dia pun cerita balik apa yang Ustaz ajar kat PERKIM. Tak apalah, slowly but surely. Jangan push, biarkan dia belajar agama Islam dulu.

12/12/2021 :
Katanya, nak tunang lepas aku konvo.
Beria sensorang pulak aku. Dari tahun 2022 sampai 2024 ajak kahwin. Nak kahwin, tapi jawapannya NANTI.

2022
Bila kita nak kahwin?
" Nanti "

2023
Kita kahwin, nak?
" Nak. Nanti bagitau balik "

2024
Jom kahwin!
" Jom "

13/2/2025 :
AKU NAK KEPASTIAN.
Bukan JANJI.
Tak apalah, setakat ini sahaja.
Putus.




Friday, 13 September 2024

Hati ini-

Mentanglah hati ini dah sayang,
mudah sekali ugut diam hilangkan diri.

Mentanglah hati ini sakit melepaskan pergi,
rela mengemis untuk kembali.

Mentanglah banyak kerenah mahukan perhatian,
diugut undur diri tawar hati.

Sakit.
Sakit.
Sakit sangat.

Sakit.
Perit.
Kabur,
Tak nampak cahaya.

Disimpan, sakit. Lepaskan, perit.
Terlena dalam sedih, terjaga masih bergenang air mata.

Broken into pieces.

Read: /trʌst/

I feel something wrong already ☺️ 
Heartbroken, when someone is no longer believe me.


Sunday, 14 May 2023

Manusia, bukan robot.

Lihatlah tinta ku menari,
mencerminkan hati nurani.
Bagaikan memahami sanubari,
Jernihan air mata menuruni.

(i'm crying)

Goblok rasanya, bila sana sini nak cari gaduh. Stres.

Curah segala rasa hati, luah segala yang terpendam. Dengan harapan, tak kacau jiwa.


Wednesday, 30 December 2020

Penulis kepada kisah diri sendiri.

Pernah tak tertanya kemampuan sendiri, mampu ke jadi seorang penulis?

Tanpa sedar, kita puisikan kisah kehidupan sendiri. 
Mungkin bukan di lembaran kertas, tapi melalui medium laman sosial. 
WhatsApp, Facebook, Twitter dan blog. 

Kalau dulu, orang lama catat guna buku tebal.
Dunia makin maju, kita catat guna buku digital.

Kerana kita juga seorang penulis, 
kepada kisah diri sendiri.
Bukan bermaksud mahu jadi novelis,
Cukup sekadar menyimpan segala memori.

Friday, 5 July 2019

I did it !


Alhamdulillah,
I am done with my degree of Bachelor in Office Systems Management

Finally I did it.
 Ψ₯Ω† Ψ΄Ψ§Ψ‘ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ will graduate on time πŸ’“
I don't know how to describe how grateful I am, finally done 3 years of degree. I did my internship from 24 February to 13 June then attended Viva on 23 June 2019.

Alhamdulillah everything went well, not like what I had expected πŸ˜‚ . I prepared myself and got no sleep because I expect my panel will ask a lot of questions.


Btw i don't know how but Sir Baim puji the way i run data sebab correct!