testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Sunday, 4 February 2018

What will be will be

19 Januari 2018.

Genap 21 tahun.

“ Jika Allah hendak memberikan 
kebahagiaan kepada seseorang, ia tidak 
boleh ditahan oleh mana-mana tangan 
sekalipun. Jika Allah menghalang 
kebahagiaan kepada seseorang, ia tidak 
boleh dihulur oleh mana-mana tangan 
sekalipun “

Banyak kali berteman rasa kecewa tapi tak 
adalah sampai deritakan jiwa  dan diri 
sendiri. Rasa kecewa tu cuma datang 
singgah sekejap. Bila hati kuat melawan,
perasaan mudah ditepis.

“ Apabila kita REDHA pada sesuatu yang 
mengecewakan hati kita, maka 
percayalah Allah S.W.T akan 
menggantikan kekecewaan itu dengan 
sesuatu yang tidak dijangka “

Hakikatnya, sesuatu yang berlaku ada 
hikmahnya. Kita jatuh berulang-kali, tak 
henti pujuk diri sendiri untuk bangun 
kembali. Itulah yang akhirnya menguatkan 
kita dan mengajar erti kesabaran.

________________________________________

Love yourself too.

Don’t lose everything you have for someone 
else. One day you may lose yourself for the 
sake of other people.

Que serรก, serรก
Whatever will be, will be
The future's not ours to see
Que serรก, serรก
What will be, will be

 ________________________________________

Tak payah ceritalah derita tahun 2017.
Banyak kisah tikam belakang.

Bangkit sebagai seorang yang kuat. Lagipun 
apa maknanya sebuah kehidupan tanpa 
dugaan?
Sedangkan dugaan itu lah yang akhirnya 
mengingatkan kita agar tak jatuh dalam 
lubang yang sama.

Pejamkan mata. Yakinlah, ini perjalanan 
yang DIA bagi. Ini perancangan DIA. 
Sesungguhnya perancangan DIA paling 
hebat. Pejamkan mata. Bulatkan tekad, 
Senyumlah, dan katakan lah,

" Aku percayakanMU "






OMSA UiTM Mache

Office Management Students’ Association

______________๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–_____________

Dah 3 Sem join “Office Management Students’ Association” (OMSA).
Sir Baim selaku Penasihat OMSA banyak membantu dalam memajukan OMSA.

TEAM BUILDING




OM FEST
Ada EMPAT aktiviti menarik:


9 Disember


10 Disember


KEJOHANAN FUTSAL
·         8am-11am Peringkat Kumpulan
·         9am-10:30am Separuh akhir & akhir
Kompleks Sukan B
Terbuka kepada LELAKI
8 pasukan dan 8 orang setiap pasukan
Hadiah disediakan


VOLLEY BALL
Yuran penyertaan RM20/kumpulan.
Dapat hadiah dan sijil.
Kompleks Sukan


NEON RUN
8:30pm
Yuran : RM5


MEMANAH
9pagi-12 tengah hari
Kompleks Sukan



MAJLIS PENUTUPAN DAN PERASMIAN
OM FEST
Disempurnakan oleh
YM.Dr Haji Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan
Tempat : Medan Ilmu



INDUCTION PART 1

Dinner Part 5 ( Tema Pastel & Candy )


Jalinan Semurni Kasih

Perjumpaan Part 1 & OMSA Family Day


NEON BOLLYWOOD NIGHT
Tak ada gambar satu team.
Gambar dengan Sir Baim je yang ada.

OME WEEK

Neon Run



************************************************************************************************

PENGHARGAAN  KEPADA MANTAN OMSA.


Selesai berkhidmat kepada OMSA selama 3 semester berturut.

Terima kasih atas penghargaan. 
Terima kasih atas segala tunjuk ajar dari Sir Baim, dan mantan-mantan lain.

 ๐ŸŒธ Team Building.

๐ŸŒธ OM Fest.
๐Ÿ“ŒArchery. ๐Ÿ“Œ Futsal. ๐Ÿ“Œ Volleyball. ๐Ÿ“Œ Neon Run. .
๐ŸŒธ Induction Part 1.
๐ŸŒธ Trip Cameron Highlands.
๐ŸŒธ Dinner Part 5 Pastel & Candy.
๐ŸŒธ Jalinan Semurni Kasih.
๐ŸŒธPerjumpaan Part 1 .
๐ŸŒธ OMSA Family Day.
๐ŸŒธ Neon Bollywood Night.
๐ŸŒธ OME Week.
๐Ÿ“Œ Movie Night. ๐Ÿ“Œ Toastmaster Competition. ๐Ÿ“Œ Neon Run.


- Mantan Exco Kebajikan & Kerohanian.








Overthinking.

3 Februari 2018

Mungkin aku terlalu fikirkan kata-kata
Mak Uda. Aku mimpi aku dah kahwin.

Aku rasa macam bodoh sekejap. Bangun-
bangun terus soal diri sendiri bila masa aku 
kahwin. Otak tak boleh hadam, rasa biol 
semacam.

________________________________________


What will i choose?
To love or to be loved ?

Of course to be loved, sebab itu doa aku. 
I believe to be loved is one of rezeki. Eh?

Sebab kalau nak kata to love, memang 
taklah sebab nak love sape? Aku sendiri 
yang ajar hati jangan sesuka hati nak easily 
fell in love.

Aku sendiri berdoa jangan buat aku jatuh 
cinta sebab takut jatuh cinta bukan pada 
yang selayaknya. Haa dah rugi kat situ. 

Conclusion : To be loved by a person who 
will marry me. So I will love him back! 

Ei kecik kecik lagi dah gatal pasal love. Baru 
21 tahun ๐Ÿ˜‘ tak layak lagi tau cakap pasal 
lovey dovey ni.

Nikoh?

2 Februari 2018.
Mak ajak pergi rumah Mak Uda kat Chicha 
Menyabong. Sejam kemudian baru sampai.
Kalau boleh aku nak sampai sana lambat
lambat. Sebab aku habis peluru kata kalau
Mak Uda tanya macam-macam soalan pasal
aku kat mak.

" Mek Nah nak dapat menantu "

Dalam hati cuak dan berdoa moga aku
dihindarkan dari soalan pelik.

Soalan bab jodoh ni memang bertubi-tubi,
gagal melencong tajuk lain.

****************************


“ Along bimbang jadi anak dara tua
… sebab Along bukan orang ada rupa.


****************************