testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Wednesday, 4 June 2025

Lowest point.

Dulu-dulu masa zaman belajar, pernahlah terfikir nak lompat depan kereta lalu-lalang biar amnesia. Jalan kaki balik rumah sambil bergenang air mata. Kecewa, sedih. 

Tapi, 
nyawa ini hanya pinjaman, bukan milik kita sepenuhnya. Menjaga nyawa antara muqasid syariah selain menjaga agama, akal, keturunan dan harta.

Alhamdulillah,
Kak Tiqa (housemate) datang bilik dan pujuk. Walaupun dah lama berlalu (2016), takkan pernah lupa segala nasihat Kak Tiqa.
Terima kasih, kuatkan semangat.