testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Wednesday 30 December 2020

Penulis kepada kisah diri sendiri.

Pernah tak tertanya kemampuan sendiri, mampu ke jadi seorang penulis?

Tanpa sedar, kita puisikan kisah kehidupan sendiri. 
Mungkin bukan di lembaran kertas, tapi melalui medium laman sosial. 
WhatsApp, Facebook, Twitter dan blog. 

Kalau dulu, orang lama catat guna buku tebal.
Dunia makin maju, kita catat guna buku digital.

Kerana kita juga seorang penulis, 
kepada kisah diri sendiri.
Bukan bermaksud mahu jadi novelis,
Cukup sekadar menyimpan segala memori.