testing

" Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain daripada-Nya.

Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya "

Riwayat Imam as Syafie

Thursday, 28 May 2026

POV Mak

" kau kalau nak kahwin, cakap awal. Mak nak beli lembu.
Mak mertua datang jauh dari Kedah, jangan buat malu hidang 
biasa-biasa. Ramai pakcik-makcik dia nak datang, Pakngah, 
makngah, paklang. Siapa yang meninggal, Paklong? 
Yang dulu-dulu rumah lama, duduk dekat-dekat, depan rumah. 
Dia komando kan? Komando, Sungai Udang, bukan Terendak. 
Terendak tu yang payung terjun. Mak tahu lah, Mak
pernah duduk Melaka. Johor dengan Melaka kawasan Mak "



Lahhh bahaya rupanya Mak aku ni, diam diam rupanya
lagi berisi pengetahuan am beliau.





Ain Balkish kata,
" mak cerita, dulu Along beli baju dua pasang, Along 
nak pakai nanti majlis bertandang rumah matming.
Sampai sekarang Along tak pakai baju tu "

Oh baju itu~
(dah lupa pasal baju sebenarnya)

Katanya, banyak pakai duit kalau buat majlis pihak lelaki.
Sebab itu, aku DIAM-DIAM beli baju biasa biasa corak
songket RM100 dua helai niat ikhlas tak nak bebankan isi
dompet dia. Kuning, warna fav sendiri. Hijau, konon 
nak matching celoreng dia. Masih tersimpan rapi dalam
plastik asal tak pernah basuh, tak pernah pakai.

Rupanya, 
aku perempuan yang mudah bertolak-ansur, lembut hati
sampaikan orang pijak harga diri.

" Mak cerita, Along jadi dengan yang Melaka, sweet
panggil along 'sayang' "

Aiyoooo kantoi panggilan kiteeee.


Tengah bersujud pun sempat 'buruk siku' tarik balik doa :

" Untuk kali ini, Ya Allah. Untuk kali ini, aku nak bahagia. 
Tak, BUKAN KALI INI. Tapi seperti sebelum ini, 
banyak kalinya aku menang dalam hidup selama ini,
bahagiakan aku "


Tuesday, 26 May 2026

Susah ucap kata sayang, cinta. 

🧠 : ego tinggi melangit, mustahil anak sulung nak ucap kata-kata sweet. 

🫀 : rasa malu.

Cuma kalah dan jujur mengaku kalau soalan,
" Sayang tak? " 
" You love me?”


Sebut nama pun, dah cukup 
bahagia, dah senyum macam orang gila. 


Monday, 25 May 2026

Buat awak yang saya sendiri jemput masuk kedalam hidup,
terima kasih mewarnakan kembali rasa dalam jiwa.

Kembali hidup.
Ironic, i miss how people describe me 
" kuntuman mewangi hidup."

Bukan wangi sebab perfume,
tapi 'wangi' sikap, penampilan.



Tuesday, 19 May 2026

" Apa maksud beriman? "
" Percaya " 

Suara seketul Fadilah jawab soalan Ustaz kelas Tingkatan 1 tahun 2010. 
Suara sama yang main dalam kotak fikiran bertahun-tahun ini setiap kali
rasa mustahil.

Percaya.
Percaya semuanya Allah dah susun atur cantik.

" Macam mana Along sembuh? " 

" Jatuh cintalah pada Sang Penguasa langit dan bumi " 

Jawapan cliché, tapi itulah ubat sembuh haritu. Malam hari hafal 
doa, siang hari apply doa dalam setiap sujud. Biar otak tak merana.

Apapun,
Ya Allah, 
cukup aku rasa sakitnya sakit itu.
Jauhkan adik-adik perempuanku 
dari rasa sakit itu. Bahagiakan mereka
dengan kasih sayang melimpah ruah dan 
cinta yang lebih layak, bukan sekadar selayaknya.